Sabtu, 23 Mac 2013

Sejarah Kg Ketapang ( Kg Temonyong )

Kg Ketapang asalnya daripada sejenis nama pokok yang tumbuh segar dan banyak di tanah pamah berpasir,kaitan besar nama Kg Ketapang Dengan Kg Bubur dengan jarak hanya 20 Meter,Pada masa dahulu Sesuatu Majlis Agama,Kenduri Kebanyakan Kayu Api daripada Pokok Ketapang Kerana Pokok Ketapang adalah Tumbuhan Liar dan Banyak tumbuh segar Jarak dengan Majlis bergitu dekat Bekalan Mudah Dapat Hasilnya Pokok Ketapang Kekal Nama Di Kg Ketapang.

Pokok Ketapang


 Buah Pokok Ketapang 


Khamis, 21 Mac 2013

Sejarah Kg Bubur ( Kg Temonyong )

Kg Bubur, nama daripada  sejenis makanan adalah kawasan tanah pamah 50 meter daripada Bukit Masjid 100 Meter daripada Kg Tanjung ,Dalam Agama ISLAM makanan Untuk Kesihatan Adalah Jenis Kekacang,Pada Zaman Dahulu Dan Sekarang "Bubur " tidak kiralah nasi,kacang masih lagi diutamakan,

100% nama Kg Bubur daripada masakan pada zaman kesutanan kedah lama dan kesultanan aceh makanan ini adalah Para  Ulamak,Wali,dan penduduk pada masa itu dan juga sekarang.
Bubur Kacang

Selasa, 19 Mac 2013

Kg Tanjung (Kg Temonyong)


Kg Tanjung ( Rahsia Kaitan Besar Kesultan Kedah / Ulamak )
Kg Tanjung  1 KM Daripada Masjid AL Ehsan  100 Meter Dari Bukit Masjid  Satu Perkampungan Kawasan Tanah Bukit Seperti Tanjung Di Kelinlingi Kawasan Sawah Padi dan Anak Sungai Kuala Cenang,


Makam Sultan Muhiyuddin Mansur Shah Langkawi ( Makam Purba )



Makam Diraja Keluarga Merong Sungai Petani



Makam Syarif Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia, Boromoraja Ekatat V, Suriyamarin di Kedah. Baginda dibunuh oleh tentera Thai dalam tahun Musuh Bisik 1821





Makam Khalifah Sharif Abu Bakar Syah, Yang Di Pertuan Negara Kedah

Apa Kaitan Makam Makam Ini Dengan Kg Tanjung Sila Lihat Baca Dengan Teliti:
Sebab Ini Sejarah Awal Ada Kaitanyan Dengan Sejarah Masjid Al Ehsan Temonyong. 
  1. Corak Batuan Nisan Daripada Kesultanan Aceh 
  2. Motis Bunga
  3. Tulis Jawi Bahasa Arab
  4. Sejarah Membuktikan Ulamak Terdahulu ( Empayar Islam Sampai Indo-China )
Rahsia Besar Kg Tanjung,
Sila Klik Link Youtube Ini.






Isnin, 18 Mac 2013

The History { Sejarah Masjid Al Ehsan }

Assalmmualaikum,

Dari Segi Fakta Bahan Bukti Yang Terdakat Di Kampung Temonyong,Masjid Al Ehsan Temonyong,Bermula Pada Zaman Kesultan Kedah Lama ( Sebelum/Selepas Agama Islam ) Bertapak di Kesultan Kedah Lama dan Seterusnya Kesultan Melaka,

{ Wikipedia }
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.

Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.

Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.

Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.



Fakta Dan Sejarah,Logikal dan Bahan Bukti Kewujudan Islam Pertama Di Kedah Khasnya Pulau Langkawi apa  itu Kesultanan Aceh dan Kesultanan Kedah Berkaitan Rapat Dimana Terdapat Ulamak Sumastera Yang Dikenali Sebagai "Wali 7 -Wali Sogo" apa kaitannya dengan Masjid Tertua,Apa Yang Tersembunyi disebalik Kg Tanjung,Bukit Masjid,Kg Bubur,Kg Ketapang,Kg Berjaya,Kg Padang Putih  ( Kg Temonyong ) Kaitan Besar Kesultanan Kedah Dan Sejarah Awal Islam di Kerajaan KEDAH LAMA.
Sila Lihat Peta Ini.
 






Kg Tanjung
Dalam Sejarah Kedatangan Agama Islam adalah melaluai perdagangan arab,eropah,china melaluai selat melaka ( Kesultanan Melaka ) Tanah Jawi  Sebelum Jumpa Gunung Jerai Sebagai Tanda Perjalanan Laut.akan jumpa dulu Gunung Raya Tanda Perjalanan Laut,Kawasan Pantai Cenang Merupakan Tempat Pelabuhan Kapal Kapal Dangang untuk mencari bekalan air dan makanan pada zaman dahulu. Kuala Cenang adalah Luas boleh kapal kapal Dagang Berlabuh Di Kg Tanjung yang mana Kg Tanjung Sebenar adalah Tanjung bagi kawasan Barat Pulau Langkawi,Kg Tanjung ( Tanjung itulah Rahsia Sebenar ) Kawasan Sawah di Jalan Kedawang pada masa dahulu adalah kawsan tanjung kawasan berpaya.ada rahsia lagi besar yang berada di Kg Tanjung.

Bukit Masjid
Pada Zaman Dahulu Sebelum Lagenda Mahsuri,iaitu Kerajaan KEDAH LAMA,Kerajaan Melaka Lagi  Bukit yang dipanggil Bukit Masjid merupakan tempat yang tinggi sebagai panduan laluan kapal kapal dagang berlabuh di Kg Tanjung,Kedatangan Agama Islam  Bukit telah dibina masjid,
Fakta Bukit Masjid:-
  1. Rumah Ibadat ( Masjid )
  2. Rumah Api 
  3. Menara Kawalan Keselamatan/ Menara Azan
  4. Dan Lain - Lain Lagi ( 7 Wali ) Ulamak Terbesar 

Masjid Diatas Bukit ( Bukit Masjid ) 
Pembinaan Masjid ini tapak asas batuan Sungai disusun rapi bentuk kubah ( Bujur ) Tiang Utama Kayu Teras ( Keras ) Berdindingkan Buluh,Atap Rumbia.

Gambar:Ekpidesi Bukit Masjid


Batuan:


Pembinaan Sungguh Teliti,Titik Peluh Orang Terdahulu.
Fakta :Pembinaan Masjid ini diuruskan oleh salah 1 Wali Sogo- 7 Wali Kerana Pada Masa Kerajaan Kedah Lama Hubungan persaudara antara Kesultanan Aceh dan Kedah Lama.
Bukti Hubungan Kesultanan Aceh Dan Kesultanan Kedah 

Masjid Negeri Kedah ( Masjid Zahir )
Masjid Raya Baiturrahman Bandar Aceh

Rumah Api: Kedudukan Bukit Masjid Mengadap Tepat Arah Barat ( Kiblat ) semasa Ekpidesi Kompas Digital 240'W memainkan peranan penting dengan ketinggian yang ada.Dari Segi Logikal Setiap Waktu Maghrid Hingga Subuh Cahaya daripada Unggun Api,Jolok Sebagai Lampu dan juga Sebagai Rumah Api Bagi Kapal Kapal Dangang Berlabuh Di Tanjung ( Kg Tanjung ).

Gambar : Puncak Bukit Masjid

Menara Kawalan Keselamatan/ Menara Azan:
Kedudukan Yang Tinggi Mengadap Laut, Bukit Masjid Adalah Pusat Menara Kawalan melihat Kapal Kapal Dangang Berlabuh Dan Juga Menlihat Kapal Kapal Musuh ( Tentera Siam ) Pada Zaman Lagenda Mahsuri,

Dengan Ketinggian Laungan Azan Dapat di dengar Oleh Kapal Dagang Bila Maksud Waktu Solat Dan Juga Hingga Kampung Padang Matsirat.


Dan Lain - Lain Lagi ( 7 Wali )
Fakta Logikal daripada Orang Tua Terdahulu Masjid Bukit Masjid Telah Dibina,Diketuai Oleh Seorang Iman Kemungkin Besar ( Wali 7 -Wali Sogo ) Ulamak Terbesar  Atau pun Daripada Seorang Anak Murib Ulamak ( Wali 7 )






Facebook Kami